Monday, 17 September 2012

selepas hujan.. ALLAH dah sediakan pelangi untuk saya


Assalamualikum w.b.t



Hari nie kami nak kongsi sikit tentang pengalaman sedih dalam hidup kami.. it’s a real story..

Okey..bermulanya kisah..selepas kami dapat result spm 6 bulan lepas… rasanya result kami nie agak bole dibanggakan jugak la.. ramai orang ucap tahniah…

Masalahnya bermula apabila kami nak smbung belajar.. mula2, kami masuk la tingkatan 6 dengan hati yang terpaksa.. kami memang malas dah nak pakai baju sekola balik sebenarnya…

At last kami terima tawaran untuk masok kolej swasta…Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu sbb kami dapat corse yang paling kami minat.. agro-technology. Mak kami memang bagi kami p sebab dia tau kami memang minat bidang pertanian…

2 minggu sebelum p..kami memang stress gila.. kami kesian tengok mak cari duit merata.. pendaftaran saja pon dah smpai seribu lebih… kami nie bukan orang kaya sangat.. orang pertengahan sahaja… kami tak sangka pulak keadaan time 2 akan jadi teruk… kami betul2 rasa kami nie mnyusahkan mak kami saja..

Siang malam kami menangis..sebab kesian dkat mak kami.. mak cari duit sampai hari cuti pon pergi kerja.. nak kena bayar pendaftaran, kena bagi duit poket..belanja rumah lagi.. kak kami pon still belajar lagi..nak pakai duit jugak… adik kami suma sekola..

Disebabkan masalah nie, kami mengalami stress yang melampau.. perangai kami dah berubah 100%..sentiasa kurung diri dalam bilik.. kalau tak cik nie seorang yang ceria.. disebabkan tu, mak kami risau gila dengan perubahan kami…

Mak kami kata dekat kami, “shimah, hang jangan risau pasal duit. 2 tanggungjawab mak nak cari duit untuk shimah belajar. Yang penting mak nak shimah belajar bersungguh2..”

Saat 2 semangat kami dah runtuh sangat.. kami rasa dengan kami sambuang study, kami menghabiskan duit mak kami, kami menyusahkan mak kami.. kalau kami tak sambung stdy, masalah nie tak akan timbul.. mak kami tak perlu cari duit bagai nak gila.. SEMUANYA SEBAB KAMI…

Pada malam 14 jun..kami dengan rendah dirinya telah berqiamulail sepanjang malam.. memohon pada yang Esa agar diberi petunjuk dan penyelesaian kepada masalah kami.. mak mangkit tido pukul 5 pagi, tengok kami tengah berdoa.. mak kami menangis…sbb dia tau, anak dia sekarang tengah mengalami ujian yang berat.. kami dah kering air mata sampai tak mampu menangis masa kami melihat mak kami menangis..

Disebabkan berqiamulail sepanjang malam.. kami terus    tertidur selepas subuh… RUPANYA ALLAH SENTIASA MEMBANTU HAMBA2 NYA YANG MEMERLUKAN…



14 JUN 2012          13:30
Kak kami berlari menuju ke bilik kami dan bangunkan kami dari tidur… dy jerit kat kami “shimah, hang dapat rayuan upu..hang dapat poli premier”

Kak kami check melalui phone.. sampai sekarang kami still simpan lagi mesej 2..


RM0.20 UPU: 94102407XXXX Tahniah, anda berjaya ditawarkan program N2225 di PSA. Layari laman web IPTA/Politeknik Premier berkaitan utk Surat Tawaran


Dengan mata yang bengkak, kami terus mangkit tido, mandi dan terus pergi cc…



 ALHAMDULILLAH YA ALLAH… segala ujianmu aq tempuh dengan sabar…
sekarang aku menunggu untuk sambung belajar dalam bidang perniagaan yang 100% dah lari daripada aliran tingkatan 5 aku...

MAK, SHIMAH AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MAK DAN MASA DEPAN SHIMAH SENDIRI...

shimah sayang mak dah abah....

No comments:

Post a Comment