Tuesday 16 October 2012

Panduan MENGERJAKAN SOLAT setelah lama meninggalkannya...


assalamualaikum W.B.T

1.    Kesedaran amat panting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

2.    Azam. Sebaik sahaja kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.

3.    Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tidak ada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.

4.    Nota motivasi. Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang daripada azam untuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.

5.    Fahami maksud dan bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan menjadi satu ketagihan.

6.    Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaiknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk meghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.

7.    Tingkatkan imaginasi. Semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan sedemikian, maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.

8.    Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan yang amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.

9.    Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan sesuatu ketenangan?

1. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk. Bahagialah dengan panggilah solat tersebut.

1.  Berfikir secara positif. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan menghadkan masa anda bekerja,menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi faktor kejayaan anda.

1.  Dapatkan sokongan mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.

1.  Setiap perkara pasti ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan yang terkutuk.
1.  Banyakkan bahan bacaan tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.