assalamualaikum W.B.T
1. Kesedaran amat panting sebagai mukadimah untuk kembali
mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin
berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
2. Azam. Sebaik sahaja kesedaran wujud, tanamkan azam
yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang
anda tahu apa sasaran anda.
3. Solat sekali dahulu,
baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tidak
ada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.
4. Nota motivasi. Andai ada kata-kata semangat yang
diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua
yang boleh menghalang daripada azam untuk kembali solat daripada terkubur, maka
buatlah satu nota motivasi dan
tampalkan di tempat yang mudah dilihat.
5. Fahami maksud dan
bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat.
Kemanisan ini yang diharapkan menjadi satu ketagihan.
6. Jangan tergesa-gesa dalam
solat. Sebaiknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk meghayati
bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.
7. Tingkatkan imaginasi. Semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang
menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak
mampu melakukan sedemikian, maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.
8. Usaha dan doa perlu
seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian
dan godaan yang amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut.
Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara
konsisten.
9. Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui
dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan sesuatu ketenangan?
1. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan
hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk.
Bahagialah dengan panggilah solat tersebut.
1. Berfikir secara positif. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan
menghadkan masa anda bekerja,menghalang anda daripada bersosial dengan
rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi faktor kejayaan anda.
1. Dapatkan sokongan mental
dan rohani dengan
memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan
solat. Moga mereka dapat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.
1. Setiap perkara pasti
ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, lawanlah
rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan yang terkutuk.
1. Banyakkan bahan bacaan tentang
solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar
iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa
ilmu.
No comments:
Post a Comment