Thursday 6 December 2012

Wanita pertama masuk ke syurga


Suatu hari, Rasulullah s.a.w memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk ke syurga. Fatimah sangat sedih dengan perkabaran itu dan cemburu kepada wanita tersebut. Fatimah tertanya-tanya, apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga?

Fatimah lantas bertanya kepada ayahandanya. Rasulullah tidak menjawab, sebaliknya berkata: “Pergilah anakku ke rumah wanita tersebut”

Fatimah pon bersiap pergi ke rumah wanita tersebut. Pada kali pertama ke rumah wanita yang bernama Muti’ah, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana tidak mendapat keizinan suaminya. Maka Fatimah pulang dan dating semula pada keesokkan harinya.

Pada hari ke dua, Fatimah datang bersama al-Hasan dan al-Husain pula. Sekali lagi Muti’ah tidak membenarkan Fatimah masuk kerana Muti’ah hanya meminta izin hanya untuk Fatimah sahaja, tidak untuk anak-anaknya.

Maka, sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana belum lagi dapat menyelidik keistimewaan atau amalan wanita tersebut.

Pada hari ketiga, barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Muti’ah. Mereka pun berbual-bual disamping Fatimah memerhati kepada wanita yang istimewa itu. Namun, pada firasat Fatimah, dalam pertemuan itutidak ada apa-apa yang istimewa tentang wanita ini, sehingga ia layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga.

Ketika sedang berbual-bual, tiba-tiba Muti’ah bangkit daripada tempat duduknya dan segera mempersiapkan diri. Rupa-rupanya Muti’ah mempersiapkan diri untuk menyambut kepulangan suaminya.

Muti’ah menyambut kepulangan suaminya dangan manyediakan tiga petkara iaitu segelas air untuk menghilangkan dahaga suaminya, sedikit makanan bagi menghilangkan lapar dan sebatang tongkat untuk digunakan oleh suaminya bagi menghukumnya sekiranya dia bersalah sepanjang pemergian suaminya, serta memakai pakaian yang cantik untuk tatapan suaminya.

Fatimah pulang dengan perasaan penuh kagum dan terharu dengan layanan istimewa yang diberikan Muti’ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan Rasulaullah untuk menceritakan apa yang dilihatnya di rumah wanita itu. Dengan rasa rendah diri beliau mengakui bahawa Muti’ah sememangnya layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatannya yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya.
Rasulullah memujuk Fatimah dengan ,mengkhabarkan Muti’ah adalah wanita yang akan menjadi penarik kudanya di syurga nanti.

“Maka sebab itulah dia akan masuk syurga dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke syurga” Rasulullah memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh rasa kasih..


Tuesday 16 October 2012

Panduan MENGERJAKAN SOLAT setelah lama meninggalkannya...


assalamualaikum W.B.T

1.    Kesedaran amat panting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

2.    Azam. Sebaik sahaja kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.

3.    Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tidak ada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.

4.    Nota motivasi. Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang daripada azam untuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.

5.    Fahami maksud dan bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan menjadi satu ketagihan.

6.    Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaiknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk meghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.

7.    Tingkatkan imaginasi. Semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan sedemikian, maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.

8.    Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan yang amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.

9.    Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan sesuatu ketenangan?

1. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk. Bahagialah dengan panggilah solat tersebut.

1.  Berfikir secara positif. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan menghadkan masa anda bekerja,menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi faktor kejayaan anda.

1.  Dapatkan sokongan mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.

1.  Setiap perkara pasti ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan yang terkutuk.
1.  Banyakkan bahan bacaan tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.

Monday 24 September 2012

ALLAH tolak alasan empat golongan...



Assalamualikum W.B.T…


Alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk masih bernafas dan hidup hingga saat ini.. Apa kata kita isikan masa2 kita dengan membaca sedikit info yang saya dapat kutip mengenai GOLONGAN YANG ALLAH TOLAK ALASANNYA…


Pertama : orang kaya       
          Alasannya, ”sesungguhnya aku adalah orang kaya. Aku sibuk menguruskan hak-hak hartaku sehingga aku tidak sempat mengabdikan diri kepadaMu. “Lalu ALLAH berfirman : “Kamu belum sekaya Sulaiman tetapi kekayaannya tidak menghalang nabi itu mengabdikan diri kepadaKu.

Kedua : orang melarat.
         Dia beralasankan dengan kemiskinannya, tetapi ALLAH bandingkan dengan Nabi Isa A.S.. Orang itu berkata : “Tuhanku, sesungguhnya keadaanku menghalangku mengabdikan diri kepadaMu. Maka ALLAH berfirman kepadanya : “Benarkah kamu lebih melarat daripada Isa? Kemelaratan Isa tidak mengahalngnya mengabdikan diri kepadaku.”

Ketiga : hamba sahaya.
          Dia beralasan untuk melayan tuannya, tetapi ALLAH membandingkan dengan Nabi Yusuf A.S. Hamba itu berkata : Tuhanku, saya dahulu seorang hamba dan diperbudakkan hingga menghalangiku daripada mengabdikan diri kepadaMu”. Lalu Allah berfirman : “sesungguhnya Yusuf tidak sampai terhalang diperbudakkan terhadap dirinya dari pengabdiannya kepadaKu”.

Keempat : orang sakit.
         Dia beralasan dengan penyakitnya, tetapi Allah bandingkan dengan Nabi Ayub A.S.

Jadi di hari Kiamat kelak, tiada seorang pun yang aka nada alas an di sisi ALLAH mengapa mereka tidak sempat mengabdikan diri kepada ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w :
          “manusia yang paling pintar ialah manusia yang paling banyak mengingati mati dan yang paling hebat persediaannya untuk menghadapinya, mereka itulah yang paling pintar, mereka menuju kea lam baqa’ dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat…



salam kebahagian...salam kemakmuran..

Sunday 23 September 2012

ciri-ciri wanita solehah


Assalamualaikum w.b.t…

Hye semua.. jom baca sikit tentang ciri-ciri wanita solehah… Ya, walaupun kita belum mengaplikasikannya dalam kehidupan kita…tapi baca dulu yerk… mana tau nanti pelan2 kita boleh berubah.. J

* keluar rumah hanya ketika mempunyai hajat yang sangat perlu yang diharuskan oleh syarak.

* menutup aurat seperti mana yang diharuskan oleh syariat.

* tidak berjalan di jalan yang sesak dengan orang ramai.

* tidak menampakkan perhiasan diri.

* menundukkan pandangan dan mengekalkan sifat malu.

* berjalan dengan sopan dan elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.

* tidak bercakap dengan sia-sia.

* selalu tinggal di rumah.

* tidak memakai bauan ketika keluar dari rumah.

* menjaga adab pada masyarakat.

* merenung keaiban diri.

* mensyukuri nikmat Allah.

*sabar menempuh segala kesusahan yang diberikan Allah kepadanya.


Jom sama-sama kita ubah diri kita agar lebih dekat dengan Sang Pencipta..
Amal maaruf nahi mungkar..

Friday 21 September 2012

Madah wanita


Assalamualaikum… pls read this… its reality


“ujar lelaki, wanita itu lemah”
“ujar wanita, mereka adalah lembut”

Antara lemah dan lembut….besar perbezaannya,
Namun ada yang tidak rela mengakuinya,
Telah ditakdirkan…kerana lembut wanita,
Ia tidak gemar perbalahan…kecuali jika terpaksa…

Lalu wanita pun diam,
Diam seolah-olah menerima,
Dalam diam, wanita terus-terusan bekerja,
Di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri,
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari,
Hingga jarum jam tegak bertindih jari….

Lelaki yang mengaku kuat..celik mata sarapan sudah terhidang,
Apabila pulang dari pejabat…dikerusi malas longlai terlentang,
Isteri yang dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak,
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan tv tidak bergerak,
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak,
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak…..

Berehat, menonton tv sambil tergelak,
Dalam diam wanita yang dianggap lemah…terus berlumba dengan masa,
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju,
Kaki tangan semua digerakkan dengan laju,
Menyiram pokok-pokok bunga yang mulai layu..
Sebelum solat maghrib untuk sujud….menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat,
Selesaikan kerja rumah, anak-anak pula diajar mengaji,
Sedang suami tersadar pula seperti tadi,
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji,
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan…

Lelaki terpelajar celik hati…ingin menghapuskan diskriminasi,
Lantang membela nasib wanita….
Member kesedaran supaya segera bangkit,
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi….

Hukum agama telah terpapar,
Tugas suami mengemas rumah, ejaga anak,
Jika suami tidak terdaya melakukannya,
Seorang pembantu wajar disediaka,

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan,
Tidak mampu menerima perubahan,
Rela menahan bagaimanapun jua….
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati,
Dalam diam…..
Wanita yang sering dianggap lemah,
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan…



assalamualaikum.... renung-renungkan...

Tuesday 18 September 2012

wanita berpakaian tetapi telanjang???


Assalamuailaikum w.b.t

Hari nie kami nak berkongsi sedikit kepada reader semua tentang wanita yang berpakaian tetapi telanjang..

Berpakaian tetapi telanjang adalah ungkapan yang tepat dan sesuai untuk menunjukkan wanita yang berpakaian pendek, ketat dan jarang sehingga menampakkan lekuk tubuh badan.. lebih-lebih lagi pakaian yang boleh clear menampakkan beberapa bahagian tubuh yang mudah membawa fitnah seperti peha, pinggul dan buah dada..


tepuk dada..tanya selera

Wanita seperti ini dikatakan berpakaian kerana mereka memang mengenakan pakaian pada tubuh mereka..sebaliknya, mereka disebut telanjang kerana pada hakikatnya pakaian tersebut tidak berfungsi untuk menutup aurat. Pakaian yang pada mulanya berfungsi untuk menutup aurat telah hilang fungsinya. Memang wajar ia disebut sebagai berpakaian tetapi telanjang..

Sebenarnya Rasulullah S.A.W telah menjangkakan tibanya suatu zaman yang wanitanya berpakaian tetapi telanjang. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berikut:

Dua (jenis manusia) dari Ahli Neraka yang aku belum melihatnya sekarang (pada zaman Rasulullah semasa itu) iaitu kaum yang membawa cemeti seperti seekor lembu, mereka memikul manusia dengannya dan wanita yang berpakaian, tetapi tetapi telanjang,berjalan dan menggoyang-goyangkan bahunya dan berlenggok-lenggok. Kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mendapatkan bau wanginya, padahal sesungguhnya wanginyabau syurga sudah dapat dihidu dari jarak perjalanan sekalian dan sekalian.
Hadis Riwayat Muslim

Perkembangan trend pakaian wanita akhir-akhir ini menunjukkan benarnya jangkaan Rasulullah S.A.W di atas. Berbagai model pakaian wanita seperti pakaian yang ketat sehingga menampakkan lekuk tubuhnya, nipis hingga jelas menampakkan kulit tubuhnya dan pakaian yang panjang tetapi terdapat belahan dari bawah hingga ke atas sehingga menampakkan peha kadang kala..

manis kan jika kita menutup aurat dengan sempurna....

Untuk pengetahuan readers semua, tidak ada istilah haram berpakaian ketat, nipis dan pendek apabila seseorang wanita itu tampil di hadapan suaminya…kerana TIDAK ADA ISTILAH AURAT UNTUK SUAMI DAN ISTERI. Bahkan jika perkara itu menggembirakan suami, hukumnya menjadi sunat.. Perkara ini selaras dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela”

Surah al-mukminun:5-6

Nauzubillah.. semoga kita semua tidak tergolong dalam kategori wanita yang berpakaian tetapi telanjang..


Monday 17 September 2012

selepas hujan.. ALLAH dah sediakan pelangi untuk saya


Assalamualikum w.b.t



Hari nie kami nak kongsi sikit tentang pengalaman sedih dalam hidup kami.. it’s a real story..

Okey..bermulanya kisah..selepas kami dapat result spm 6 bulan lepas… rasanya result kami nie agak bole dibanggakan jugak la.. ramai orang ucap tahniah…

Masalahnya bermula apabila kami nak smbung belajar.. mula2, kami masuk la tingkatan 6 dengan hati yang terpaksa.. kami memang malas dah nak pakai baju sekola balik sebenarnya…

At last kami terima tawaran untuk masok kolej swasta…Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu sbb kami dapat corse yang paling kami minat.. agro-technology. Mak kami memang bagi kami p sebab dia tau kami memang minat bidang pertanian…

2 minggu sebelum p..kami memang stress gila.. kami kesian tengok mak cari duit merata.. pendaftaran saja pon dah smpai seribu lebih… kami nie bukan orang kaya sangat.. orang pertengahan sahaja… kami tak sangka pulak keadaan time 2 akan jadi teruk… kami betul2 rasa kami nie mnyusahkan mak kami saja..

Siang malam kami menangis..sebab kesian dkat mak kami.. mak cari duit sampai hari cuti pon pergi kerja.. nak kena bayar pendaftaran, kena bagi duit poket..belanja rumah lagi.. kak kami pon still belajar lagi..nak pakai duit jugak… adik kami suma sekola..

Disebabkan masalah nie, kami mengalami stress yang melampau.. perangai kami dah berubah 100%..sentiasa kurung diri dalam bilik.. kalau tak cik nie seorang yang ceria.. disebabkan tu, mak kami risau gila dengan perubahan kami…

Mak kami kata dekat kami, “shimah, hang jangan risau pasal duit. 2 tanggungjawab mak nak cari duit untuk shimah belajar. Yang penting mak nak shimah belajar bersungguh2..”

Saat 2 semangat kami dah runtuh sangat.. kami rasa dengan kami sambuang study, kami menghabiskan duit mak kami, kami menyusahkan mak kami.. kalau kami tak sambung stdy, masalah nie tak akan timbul.. mak kami tak perlu cari duit bagai nak gila.. SEMUANYA SEBAB KAMI…

Pada malam 14 jun..kami dengan rendah dirinya telah berqiamulail sepanjang malam.. memohon pada yang Esa agar diberi petunjuk dan penyelesaian kepada masalah kami.. mak mangkit tido pukul 5 pagi, tengok kami tengah berdoa.. mak kami menangis…sbb dia tau, anak dia sekarang tengah mengalami ujian yang berat.. kami dah kering air mata sampai tak mampu menangis masa kami melihat mak kami menangis..

Disebabkan berqiamulail sepanjang malam.. kami terus    tertidur selepas subuh… RUPANYA ALLAH SENTIASA MEMBANTU HAMBA2 NYA YANG MEMERLUKAN…



14 JUN 2012          13:30
Kak kami berlari menuju ke bilik kami dan bangunkan kami dari tidur… dy jerit kat kami “shimah, hang dapat rayuan upu..hang dapat poli premier”

Kak kami check melalui phone.. sampai sekarang kami still simpan lagi mesej 2..


RM0.20 UPU: 94102407XXXX Tahniah, anda berjaya ditawarkan program N2225 di PSA. Layari laman web IPTA/Politeknik Premier berkaitan utk Surat Tawaran


Dengan mata yang bengkak, kami terus mangkit tido, mandi dan terus pergi cc…



 ALHAMDULILLAH YA ALLAH… segala ujianmu aq tempuh dengan sabar…
sekarang aku menunggu untuk sambung belajar dalam bidang perniagaan yang 100% dah lari daripada aliran tingkatan 5 aku...

MAK, SHIMAH AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MAK DAN MASA DEPAN SHIMAH SENDIRI...

shimah sayang mak dah abah....

Saturday 15 September 2012

melayu vurses korea...


Assalamualaikum….

Kali ini kami nak kupas sikit tentang OPPA GANGNAM STYLE yang tengah “In” dekat seluruh dunia sekarang nie..  kami sendiri dah tengok MV gangnam style dan kami tak nafikan lagu tu memang best… haha..heyyyy, sexy lady....




Tapi disebabkan sifat kenegaraan kami nie tebal sikt, sebenarnya kami kurang senang dengan kehadiran muzik-muzik dari luar.. bagi kami personally, banyak lagi lagu2 dan muzik Malaysia yang kita boleh banggakan… kan..


Contohnya penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan penyanyi muda berpotensi tanah air, Yunalis Zarai… banyak lagu2 daripada pemuzik2 tanah air yang boleh dijadikan sebagai halwa telinga


Dato Siti Nurhaliza

Yunalis Zarai

bukan niat kami nak memboikot lagu2 dari luar..namun kebanjiran lagu2 luar terutamanya dari korea sebenarnya agak menimbulkan kerisauan dekat medulla oblogata kami nie... huhu.. 

terbaru..heboh di laman sosial tenteng lirik oppa gangnam style yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.. sebenarnya kami pon tak berapa tahu menahu sangat tentang isu tu...sebab kami tak faham bahasa korea la...hiihii 

tpi..kami rasa daripada kita berbalah tentang benda yang kita sendiri tak berapa pasti..lebih baik kita sokong muzik tempatan yang sudah tentu sebati dengan jiwa kita... kalau dengan bahasa yang kita sendiri faham, BAHASA IBUNDA..of corse la tak ada lagi pertikaian..kan....

so...fikir-fikirkan lah yea...


PROUD BORN AS MALAYSIA... 1 MALAYSIA...