Thursday 6 December 2012

Wanita pertama masuk ke syurga


Suatu hari, Rasulullah s.a.w memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk ke syurga. Fatimah sangat sedih dengan perkabaran itu dan cemburu kepada wanita tersebut. Fatimah tertanya-tanya, apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga?

Fatimah lantas bertanya kepada ayahandanya. Rasulullah tidak menjawab, sebaliknya berkata: “Pergilah anakku ke rumah wanita tersebut”

Fatimah pon bersiap pergi ke rumah wanita tersebut. Pada kali pertama ke rumah wanita yang bernama Muti’ah, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana tidak mendapat keizinan suaminya. Maka Fatimah pulang dan dating semula pada keesokkan harinya.

Pada hari ke dua, Fatimah datang bersama al-Hasan dan al-Husain pula. Sekali lagi Muti’ah tidak membenarkan Fatimah masuk kerana Muti’ah hanya meminta izin hanya untuk Fatimah sahaja, tidak untuk anak-anaknya.

Maka, sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana belum lagi dapat menyelidik keistimewaan atau amalan wanita tersebut.

Pada hari ketiga, barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Muti’ah. Mereka pun berbual-bual disamping Fatimah memerhati kepada wanita yang istimewa itu. Namun, pada firasat Fatimah, dalam pertemuan itutidak ada apa-apa yang istimewa tentang wanita ini, sehingga ia layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga.

Ketika sedang berbual-bual, tiba-tiba Muti’ah bangkit daripada tempat duduknya dan segera mempersiapkan diri. Rupa-rupanya Muti’ah mempersiapkan diri untuk menyambut kepulangan suaminya.

Muti’ah menyambut kepulangan suaminya dangan manyediakan tiga petkara iaitu segelas air untuk menghilangkan dahaga suaminya, sedikit makanan bagi menghilangkan lapar dan sebatang tongkat untuk digunakan oleh suaminya bagi menghukumnya sekiranya dia bersalah sepanjang pemergian suaminya, serta memakai pakaian yang cantik untuk tatapan suaminya.

Fatimah pulang dengan perasaan penuh kagum dan terharu dengan layanan istimewa yang diberikan Muti’ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan Rasulaullah untuk menceritakan apa yang dilihatnya di rumah wanita itu. Dengan rasa rendah diri beliau mengakui bahawa Muti’ah sememangnya layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatannya yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya.
Rasulullah memujuk Fatimah dengan ,mengkhabarkan Muti’ah adalah wanita yang akan menjadi penarik kudanya di syurga nanti.

“Maka sebab itulah dia akan masuk syurga dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke syurga” Rasulullah memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh rasa kasih..


1 comment:

  1. salam. singgah sini, entri yang menarik di samping mengaut amal jariah yang senang je nak dapat, in sya Allah.

    ReplyDelete