Tuesday 18 September 2012

wanita berpakaian tetapi telanjang???


Assalamuailaikum w.b.t

Hari nie kami nak berkongsi sedikit kepada reader semua tentang wanita yang berpakaian tetapi telanjang..

Berpakaian tetapi telanjang adalah ungkapan yang tepat dan sesuai untuk menunjukkan wanita yang berpakaian pendek, ketat dan jarang sehingga menampakkan lekuk tubuh badan.. lebih-lebih lagi pakaian yang boleh clear menampakkan beberapa bahagian tubuh yang mudah membawa fitnah seperti peha, pinggul dan buah dada..


tepuk dada..tanya selera

Wanita seperti ini dikatakan berpakaian kerana mereka memang mengenakan pakaian pada tubuh mereka..sebaliknya, mereka disebut telanjang kerana pada hakikatnya pakaian tersebut tidak berfungsi untuk menutup aurat. Pakaian yang pada mulanya berfungsi untuk menutup aurat telah hilang fungsinya. Memang wajar ia disebut sebagai berpakaian tetapi telanjang..

Sebenarnya Rasulullah S.A.W telah menjangkakan tibanya suatu zaman yang wanitanya berpakaian tetapi telanjang. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berikut:

Dua (jenis manusia) dari Ahli Neraka yang aku belum melihatnya sekarang (pada zaman Rasulullah semasa itu) iaitu kaum yang membawa cemeti seperti seekor lembu, mereka memikul manusia dengannya dan wanita yang berpakaian, tetapi tetapi telanjang,berjalan dan menggoyang-goyangkan bahunya dan berlenggok-lenggok. Kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mendapatkan bau wanginya, padahal sesungguhnya wanginyabau syurga sudah dapat dihidu dari jarak perjalanan sekalian dan sekalian.
Hadis Riwayat Muslim

Perkembangan trend pakaian wanita akhir-akhir ini menunjukkan benarnya jangkaan Rasulullah S.A.W di atas. Berbagai model pakaian wanita seperti pakaian yang ketat sehingga menampakkan lekuk tubuhnya, nipis hingga jelas menampakkan kulit tubuhnya dan pakaian yang panjang tetapi terdapat belahan dari bawah hingga ke atas sehingga menampakkan peha kadang kala..

manis kan jika kita menutup aurat dengan sempurna....

Untuk pengetahuan readers semua, tidak ada istilah haram berpakaian ketat, nipis dan pendek apabila seseorang wanita itu tampil di hadapan suaminya…kerana TIDAK ADA ISTILAH AURAT UNTUK SUAMI DAN ISTERI. Bahkan jika perkara itu menggembirakan suami, hukumnya menjadi sunat.. Perkara ini selaras dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela”

Surah al-mukminun:5-6

Nauzubillah.. semoga kita semua tidak tergolong dalam kategori wanita yang berpakaian tetapi telanjang..


No comments:

Post a Comment