Friday 21 September 2012

Madah wanita


Assalamualaikum… pls read this… its reality


“ujar lelaki, wanita itu lemah”
“ujar wanita, mereka adalah lembut”

Antara lemah dan lembut….besar perbezaannya,
Namun ada yang tidak rela mengakuinya,
Telah ditakdirkan…kerana lembut wanita,
Ia tidak gemar perbalahan…kecuali jika terpaksa…

Lalu wanita pun diam,
Diam seolah-olah menerima,
Dalam diam, wanita terus-terusan bekerja,
Di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri,
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari,
Hingga jarum jam tegak bertindih jari….

Lelaki yang mengaku kuat..celik mata sarapan sudah terhidang,
Apabila pulang dari pejabat…dikerusi malas longlai terlentang,
Isteri yang dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak,
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan tv tidak bergerak,
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak,
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak…..

Berehat, menonton tv sambil tergelak,
Dalam diam wanita yang dianggap lemah…terus berlumba dengan masa,
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju,
Kaki tangan semua digerakkan dengan laju,
Menyiram pokok-pokok bunga yang mulai layu..
Sebelum solat maghrib untuk sujud….menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat,
Selesaikan kerja rumah, anak-anak pula diajar mengaji,
Sedang suami tersadar pula seperti tadi,
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji,
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan…

Lelaki terpelajar celik hati…ingin menghapuskan diskriminasi,
Lantang membela nasib wanita….
Member kesedaran supaya segera bangkit,
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi….

Hukum agama telah terpapar,
Tugas suami mengemas rumah, ejaga anak,
Jika suami tidak terdaya melakukannya,
Seorang pembantu wajar disediaka,

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan,
Tidak mampu menerima perubahan,
Rela menahan bagaimanapun jua….
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati,
Dalam diam…..
Wanita yang sering dianggap lemah,
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan…



assalamualaikum.... renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment